Majlis Sambutan Aidilfitri 1433H, Fakulti Informatik, UniSZA

Majis Sambutan Aidilfitri 1433H telah diadakan pada hari Jumaat, 7hb September 2012, jam 10.00 pagi, di Auditorium Perpustakaan UniSZA.

Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur..

Hari Keluarga FIT 2012

Telah diadakan pada 13 - 14hb July 2012, di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Wednesday, March 13, 2013

Bowling FIT

Insyaallah satu acara bowling akan dianjurkan oleh Fakulti Informatik dengan kerjasama KeFIT seperti butiran berikut:



Tarikh : 30 Mac 2013
Hari : Sabtu
Waktu : 9.00 pagi- habis
Tempat : TER









Diharap agar semua warga Fakulti Informatik dapat datang dan memeriahkan acara bowling ini.

Thursday, January 3, 2013

Sumbangan Derma bagi Tabung Palestine



AlhamduliLLAH, atas kesedaran dan rasa perihatin kakitangan FIT ke atas kesengsaraan yang dialami oleh saudara seIslam di Palestine, kutipan derma bantuan Tabung Palestine yang dilancarkan pada bulan Disember 2012 telah mendapat sambutan yang menggalakkan. Sebanyak RM1,200.00 telah berjaya dikumpulkan daripada kalangan kakitangan FIT. Bantuan tersebut telah disalurkan kepada Tabung Palestine yang dikelolakan oleh sebuah organisasi kemanusiaan, Aqsa Syarif, melalui akaun Maybank2u:



Kepada mereka yang ingin terus menghulurkan bantuan bolehlah berbuat demikian melalui akaun bank Aqsa Syarif sebagaimana butiran di bawah:


Semoga bantuan kecil kita ini akan dapat memberi hikmah dan kesan positif terhadap perjuangan ummat Islam di Palestine.

Saturday, December 22, 2012

Gerai Jualan Pesta Konvokesyen UniSZA Kali ke-3

Sempena Pesta Konvokesyen UniSZA 2012 yang lalu (30 Nov - 3 Dis 2012), KeFIT dengan kerjasama Persatuan Pelajar FIT (FITS) telah bersama-sama membuka gerai jualan cenderamata & bunga OneStopSouvenir serta Studio Fotografi bagi tujuan menjana tabung kebajikan KeFiT serta tabung FITS. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.
































p/s: Sorry la.. lambat hapdet.. :-P

Monday, November 26, 2012

Jualan bunga dan Souvenirs

Boleh dapatkan bunga dengan harga serendah RM 7 dan pelbagai souvenirs FIT dan UniSZA..ada payung, pen, keychain etc.. Juga bleh dapatkan makanan kat sini..Jual murah-murah je..

Sunday, November 25, 2012

Pakej yang ditawarkan oleh studio KeFIT


Abadikan memori konvokesyen anda di studio KeFIT

Studio Fotografi oleh KeFIT di Tapak Pesta Konvo


Tarikh : 30 November 2012- 3 Disember 2012
Masa: 10.00  pagi- 11.00 malam
Tempat: Golf Driving Range Unisza



**Tawaran istimewa untuk semua pensyarah FIT. Rakamkan memori berjubah konvo secara percuma di mini studio kami.

Jom  pakat amik gambar!!!

Friday, October 19, 2012

Bowling Oktober 2012


Tarikh: 19 Oktober 2012
Hari: Jumaat
Waktu: 10.00pg-12.00tghari

Jumaat yang lepas, KEFiT telah menganjurkan perlawanan bowling antara kakitangan dan keluarga FIT, di Pusat Bowling TER, Kuala Ibai. Terima kasih kepada Ketua Lujnah Aktiviti, Pn Elissa, atas penganjuran yang cukup meriah. Terima kasih juga kepada mereka yang telah menyumbang santapan tengahari serta minuman (pot luck) untuk sessi 'berkelah' selepas perlawanan. 


Antara yang hadir:
  1. Puan Fatma, suami dan anak-anak
  2. Puan Azilawati, suami dan anak-anak
  3. Pn Elissa
  4. Cik Nazirah
  5.  Pn Aida dan suami
  6. En Azwa, isteri dan anak-anak
  7. En Fadzli,isteri dan anak-anak
Juara keseluruhan adalah En Shukri (suami Pn Fatma) dengan pungutan mata sebanyak 143, manakala En Azwa di tempat kedua dengan 116 mata.. InsyaALLAH bertemu lagi di perlawanan akan datang!.

View album:


Bowling KeFiT Okt 2012