Majlis Sambutan Aidilfitri 1433H, Fakulti Informatik, UniSZA

Majis Sambutan Aidilfitri 1433H telah diadakan pada hari Jumaat, 7hb September 2012, jam 10.00 pagi, di Auditorium Perpustakaan UniSZA.

Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur..

Hari Keluarga FIT 2012

Telah diadakan pada 13 - 14hb July 2012, di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Saturday, December 22, 2012

Gerai Jualan Pesta Konvokesyen UniSZA Kali ke-3

Sempena Pesta Konvokesyen UniSZA 2012 yang lalu (30 Nov - 3 Dis 2012), KeFIT dengan kerjasama Persatuan Pelajar FIT (FITS) telah bersama-sama membuka gerai jualan cenderamata & bunga OneStopSouvenir serta Studio Fotografi bagi tujuan menjana tabung kebajikan KeFiT serta tabung FITS. Berikut merupakan gambar-gambar yang sempat dirakamkan untuk tatapan semua.
































p/s: Sorry la.. lambat hapdet.. :-P

Monday, November 26, 2012

Jualan bunga dan Souvenirs

Boleh dapatkan bunga dengan harga serendah RM 7 dan pelbagai souvenirs FIT dan UniSZA..ada payung, pen, keychain etc.. Juga bleh dapatkan makanan kat sini..Jual murah-murah je..

Sunday, November 25, 2012

Pakej yang ditawarkan oleh studio KeFIT


Abadikan memori konvokesyen anda di studio KeFIT

Studio Fotografi oleh KeFIT di Tapak Pesta Konvo


Tarikh : 30 November 2012- 3 Disember 2012
Masa: 10.00  pagi- 11.00 malam
Tempat: Golf Driving Range Unisza



**Tawaran istimewa untuk semua pensyarah FIT. Rakamkan memori berjubah konvo secara percuma di mini studio kami.

Jom  pakat amik gambar!!!

Friday, October 19, 2012

Bowling Oktober 2012


Tarikh: 19 Oktober 2012
Hari: Jumaat
Waktu: 10.00pg-12.00tghari

Jumaat yang lepas, KEFiT telah menganjurkan perlawanan bowling antara kakitangan dan keluarga FIT, di Pusat Bowling TER, Kuala Ibai. Terima kasih kepada Ketua Lujnah Aktiviti, Pn Elissa, atas penganjuran yang cukup meriah. Terima kasih juga kepada mereka yang telah menyumbang santapan tengahari serta minuman (pot luck) untuk sessi 'berkelah' selepas perlawanan. 


Antara yang hadir:
  1. Puan Fatma, suami dan anak-anak
  2. Puan Azilawati, suami dan anak-anak
  3. Pn Elissa
  4. Cik Nazirah
  5.  Pn Aida dan suami
  6. En Azwa, isteri dan anak-anak
  7. En Fadzli,isteri dan anak-anak
Juara keseluruhan adalah En Shukri (suami Pn Fatma) dengan pungutan mata sebanyak 143, manakala En Azwa di tempat kedua dengan 116 mata.. InsyaALLAH bertemu lagi di perlawanan akan datang!.

View album:


Bowling KeFiT Okt 2012

Friday, September 7, 2012

Majlis Sambutan Aidilfitri FIT 2012

Click to enlarge


Tarikh: Jumaat, 7hb September 2012 bersamaan 20 Syawal 1433H
Masa: 10.00pg
Tempat: Auditorium Perpustakaan, UniSZA

Majlis Sambutan Aidilfitri FIT 2012 telah berjalan dengan lancar dan cukup meriah dengan kehadiran kira-kira 200 kakitangan serta keluarga. Majlis telah diserikan dengan ucapan aluan Presiden KeFiT, ucapan aluan Dekan FIT, ucapan penghargaan daripada En. Isa dan Pn Aznida yang bakal cuti belajar, peraduan mewarna bagi kanak-kanak serta peraduan membuat kad hari raya bagi keluarga. Pelbagai juadah telah disediakan seperti Nasi Beriani, Soto, Mee Goreng Tomyam Berapi, Satay, Ketupan & Rendang, Kueh Mueh dan sebagainya.

Terima kasih kepada semua kakitangan Fakulti Informatik yang telah menyumbang juadah, serta memberi sokongan bagi menjayakan majlis. 

Album:
Majlis Sambutan Aidilfitri FIT 2012

Thursday, August 16, 2012

Infaq Ramadhan 1433H

Suasana ta'alim

AlhamduliLLAH, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja KeFiT, infaq Ramadhan sebanyak RM400 telah dikeluarkan daripada Tabung Kebajikan KeFiT untuk didermakan ke salah sebuah madrasah tahfiz di Terengganu. Sumbangan tambahan sebanyak RM615 juga telah dikumpulkan daripada kakitangan FIT.

Pada tahun ini, Madrasah Mazahirul Uloom di Kampung Binjai Bongkok, Bukit payung, Terengganu, telah dipilih untuk menerima infaq berjumlah RM1015.00 daripada wakil KeFiT. Madrasah ini adalah Madrasah Tahfiz dan 'Alim yang telah dibangunkan secara peribadi oleh Tuan haji Yahya Bin Khatid Taib dan Haji Kembar Bin Saleh sejak tahun 1996 bermula dengan hanya 15 orang pelajar. Kini Madrasah Mazahirul Uloom dihuni oleh lebih 150 pelajar dari seluruh negara termasuk Vietnam dan Kemboja. Madrasah ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap selain daripada yuran pelajar sebanyak RM150.00 sebulan, serta bantuan tahunan daripada Pusat Zakat dan MAIDAM.

Tuan Hj Yahya amat mengalu-alukan sumbangan yang telah diberikan serta mengucapkan setinggi penghargaan atas keperihatinan KeFiT. Segala sumbangan tambahan bolehlah dihulurkan ke:

Madrasah Mazahirul Uloom,
Kampung Binjai Bongkok,Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.

Bank: Agro Bank
No. Akaun: 1006561000060405

Bilik Tahfiz

Kolah Mandi

Bersama Mudir


Bilik Kelas

Aluan Presiden 2012



Assalaamualaikum wbt,

AlhamduliLLAHi nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruhu wanu'minubihi wa natawakkalu 'alaih, Wa na'uzubiLLAHi min shururi anfusina wa min sayyi'aati a'amalina, Man yahdihiLLAHu fala mudhillalahu, wa man yudlilhu fala haadiyalah.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadhrat Allah kerana diberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu diruangan ini.

Bagi pihak diri saya dan Ahli Majlis Kerja yang baru dilantik, kami ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang terdahulu dari kami yang telah mengasaskan kelab ini sebagai wadah kebajikan buat kakitangan Fakulti Informatik, UniSZA. Terimakasih juga ditujukan kepada Ahli Majlis Kerja yang terdahulu yang telah mengurustadbir kelab ini sehinggalah diberi kepercayaan pula kepada kami untuk meneruskan kesinambungannya.

Kepada semua ahli KeFiT, kami merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada kami. Kami bukanlah yang terbaik dari kalangan semua, namun InsyaAllah kami akan berusaha untuk menyempurnakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Yang buruk minta ditegur, yang baik minta disokong. Sebagaimana kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama:
"Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…"

Besarlah harapan kami agar semua ahli dapat bersatu-padu, bekerjasama serta memberi sepenuh sokongan dalam memajukan segala aktiviti kelab ini demi kebaikan dan kebajikan bersama. Biarlah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.

Sempena kedatangan Syawal 1433H, saya mewakili semua Ahli Majlis Kerja mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULFITRI, ampun dan maaf kami pinta dari seluruh warga kelab atas segala salah silap yg pernah dilakukan samada secara langsung atau tidak langsung. Berebut-rebutlah mengambil peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita di bulan yang mulia ini.

Wassalaamualaikum wbt.

Engku Fadzli, 27 Ramadhan 1433H.

Thursday, July 26, 2012

AGM 2012



Assalamualaikum.

Kepada Ahli KEFIT,

Sebagaimana yang sedia maklum, Mesyuarat Agong KEFIT yang ke-4 telah berlangsung pada 26/07/12, jam 11.00 pagi di Bilik Mesyuarat 1, FIT. Lantikan Majlis Kerja KEFIT baru telah dibuat melalui undian dan persetujuan ahli-ahli Kefit dengan perlantikan sebagaimana berikut:

1. Cik Nazirah binti Abd. Hamid
2. En. Engku Fadzli Hasan bin Syed Abdullah
3. Pn. Fatma Susilawati binti Mohamad
4. Pn. Syarilla Iryani binti Ahmad Saany
5. Pn. Nor Aida binti Mahiddin

Dilampirkan bersama email ini adalah dokumen Minit Mesyuarat Agong Kefit yang ke-4 dan Perlembagaan Kefit yang diubahsuai mengikut usul yang dicadang dan dipersetujui di dalam mesyuarat agong tersebut untuk rujukan dan panduan Ahli kefit.

Semoga perjalanan dan perancangan aktiviti Kefit akan bertambah baik melalui Majlis Kerja KEfit yang baru. Selamat Bertugas!

"Kerja Cemerlang, Keluarga Gemilang"

Wassalam.

Wan Mohd Rizhan Bin Wan Idris,
Setiausaha Majlis Kerja KeFiT 2011.


Minit_AGM_2012