Majlis Sambutan Aidilfitri 1433H, Fakulti Informatik, UniSZA

Majis Sambutan Aidilfitri 1433H telah diadakan pada hari Jumaat, 7hb September 2012, jam 10.00 pagi, di Auditorium Perpustakaan UniSZA.

Universiti Sultan Zainal Abidin

Universiti Sultan Zainal Abidin (Dahulu dikenali Universiti Darul Iman Malaysia) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi bertaraf antarabangsa yang melahir dan membentuk pemimpin yang berbakat dan pemikirannya diasuh, diperkayakan dengan ilmu, budaya tinggi dan akhlak yang luhur..

Hari Keluarga FIT 2012

Telah diadakan pada 13 - 14hb July 2012, di Pulau Kapas, Marang, Terengganu.

Thursday, August 16, 2012

Infaq Ramadhan 1433H

Suasana ta'alim

AlhamduliLLAH, sebagaimana yang telah diputuskan oleh Majlis Kerja KeFiT, infaq Ramadhan sebanyak RM400 telah dikeluarkan daripada Tabung Kebajikan KeFiT untuk didermakan ke salah sebuah madrasah tahfiz di Terengganu. Sumbangan tambahan sebanyak RM615 juga telah dikumpulkan daripada kakitangan FIT.

Pada tahun ini, Madrasah Mazahirul Uloom di Kampung Binjai Bongkok, Bukit payung, Terengganu, telah dipilih untuk menerima infaq berjumlah RM1015.00 daripada wakil KeFiT. Madrasah ini adalah Madrasah Tahfiz dan 'Alim yang telah dibangunkan secara peribadi oleh Tuan haji Yahya Bin Khatid Taib dan Haji Kembar Bin Saleh sejak tahun 1996 bermula dengan hanya 15 orang pelajar. Kini Madrasah Mazahirul Uloom dihuni oleh lebih 150 pelajar dari seluruh negara termasuk Vietnam dan Kemboja. Madrasah ini tidak mempunyai pendapatan yang tetap selain daripada yuran pelajar sebanyak RM150.00 sebulan, serta bantuan tahunan daripada Pusat Zakat dan MAIDAM.

Tuan Hj Yahya amat mengalu-alukan sumbangan yang telah diberikan serta mengucapkan setinggi penghargaan atas keperihatinan KeFiT. Segala sumbangan tambahan bolehlah dihulurkan ke:

Madrasah Mazahirul Uloom,
Kampung Binjai Bongkok,Bukit Payung,
21400 Marang, Terengganu.

Bank: Agro Bank
No. Akaun: 1006561000060405

Bilik Tahfiz

Kolah Mandi

Bersama Mudir


Bilik Kelas

Aluan Presiden 2012



Assalaamualaikum wbt,

AlhamduliLLAHi nahmaduhu wa nasta'inuhu wa nastaghfiruhu wanu'minubihi wa natawakkalu 'alaih, Wa na'uzubiLLAHi min shururi anfusina wa min sayyi'aati a'amalina, Man yahdihiLLAHu fala mudhillalahu, wa man yudlilhu fala haadiyalah.

Setinggi kesyukuran dipanjatkan kehadhrat Allah kerana diberikan peluang kepada saya untuk mencoretkan sesuatu diruangan ini.

Bagi pihak diri saya dan Ahli Majlis Kerja yang baru dilantik, kami ingin merakamkan setinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada mereka yang terdahulu dari kami yang telah mengasaskan kelab ini sebagai wadah kebajikan buat kakitangan Fakulti Informatik, UniSZA. Terimakasih juga ditujukan kepada Ahli Majlis Kerja yang terdahulu yang telah mengurustadbir kelab ini sehinggalah diberi kepercayaan pula kepada kami untuk meneruskan kesinambungannya.

Kepada semua ahli KeFiT, kami merakamkan ucapan terima kasih atas kepercayaan dan mandat yang diberikan kepada kami. Kami bukanlah yang terbaik dari kalangan semua, namun InsyaAllah kami akan berusaha untuk menyempurnakan amanah yang diberi sebaik mungkin. Yang buruk minta ditegur, yang baik minta disokong. Sebagaimana kata-kata Saidina Abu Bakar As-Siddiq ketika dilantik menjadi Khalifah Islam yang pertama:
"Wahai manusia, telah kamu memilih saya sebagai pemimpin di atas kamu dan bukan lah aku terbaik dari kalangan kamu, sekiranya aku baik, maka bersamalah dengan ku. Sekiranya aku melakukan kejahatan, maka perbetulkan lah aku. Menyata yang benar itu adalah amanah, dan pembohongan itu adalah khianat…"

Besarlah harapan kami agar semua ahli dapat bersatu-padu, bekerjasama serta memberi sepenuh sokongan dalam memajukan segala aktiviti kelab ini demi kebaikan dan kebajikan bersama. Biarlah berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing. Hati gajah sama dilapah, hati nyamuk sama dicicah.

Sempena kedatangan Syawal 1433H, saya mewakili semua Ahli Majlis Kerja mengucapkan SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA EIDULFITRI, ampun dan maaf kami pinta dari seluruh warga kelab atas segala salah silap yg pernah dilakukan samada secara langsung atau tidak langsung. Berebut-rebutlah mengambil peluang untuk bermaaf-maafan sesama kita di bulan yang mulia ini.

Wassalaamualaikum wbt.

Engku Fadzli, 27 Ramadhan 1433H.